RM33.60 RM48.00
Majdulin
Price RM33.60 RM48.00
Product SKU 9789674910471
Brand IIUM PRESS
Size (L x W x H) 31 cm x 22 cm x 3 cm
Availability 50
Shipping Fee
Quantity
Description
Highlight

Title: Majdulin

ISBN: 9789674910471

Author: Mustafa Lutfi Al Manfaluti

Translator: Adli Yaacob

Year: 2020

Pages: 244

Majdulin - sebuah novel percintaan dua insan yang tidak direstui oleh keluarga dan terbelenggu oleh kelaziman adat. Cinta tulus dan murni Majdulin terhadap Stevan itu terhalang dan berakhir dengan tragis. Stevan jejaka yang dipandang rendah oleh keluarga Majdulin kerana perbezaan darjat serta dianggap tidak ada masa hadapan. Keluarga Majdulin menerima Edward yang lebih setaraf dengan kedudukan mereka. Stevan dan Edward adalah kawan lama yang akrab. Maka berlakulah konflik cinta segi tiga yang menjadikan Stevan sebagai korban. Meskipun terjerat dalam perangkap percintaan yang melukakan hati Majdulin dan Stevan, namun setiap insan ini masih waras dan menerima ketentuan takdir dengan sikap yang terbuka. Novel ini pertama kali terbit dalam bahasa Perancis pada 1832 oleh Jean-Baptiste Alphonse Karr dengan judul Sous les Tilleus bermaksud "Di Bawah Naungan Pohon Tilia." Karya ini kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Arab oleh Mustafa Lutfi AL Manfaluthi, seorang sasterawan terkemuka Mesir dengan menggunakan judul Majdulin. Oleh kerana penceritaannya yang kuat dan bahasanya indah, naskhah ini diterjemahkan pula ke dalam Bahasa Indonesia oleh A.S. Al-Attas. Penterjemahan ke Bahasa Indonesia itu lebih kuat didorong oleh polemik yang menuduh Hamka memplagiat Majdulin untuk karyanya Tenggelamnya Kapal van der Wijck. Edisi terjemahan di Indonesia menggunakan judul Magdalena dan diterbitkan oleh Penerbit Kirana pada 1963. Edaran di Malaysia diterbitkan oleh Pustaka Antara pada 1964 menggunakan judul yang sama. Kini, IIUM Press menerbitkan kembali buku ini hasil terjemahan Adli Yaacob dengan mengekalkan judul Majdulin.