RM42.00 RM60.00
Anak-anak di Lorong Kami
Price RM42.00 RM60.00
Product SKU 9789674910556
Brand IIUM PRESS
Size (L x W x H) 31 cm x 22 cm x 3 cm
Availability 100
Shipping Fee
Quantity
Description
Highlight

Judul: Anak-anak di Lorong Kami

ISBN: 9789674910556

Pengarang: Naguib Mahfouz

Penterjemah: Adli Yaacob

Penerbit: IIUM Press

Tahun: 2020

Halaman: 524

Novel terkenal Naguib Mahfouz ini telah menerima sambutan yang luar biasa daripada para pembaca. Akan tetapi, novel ini juga telah mengundang banyak kecaman daripada pembaca Islam. Isi dan jalan ceritanya mempersendakan Allah dan Rasulullah namun pada masa yang sama membela Iblis. Ceritanya dipersembahkan dengan penuh kesenian di samping penulisnya memasukkan mesej-mesej tertentu secara halus. Penulis telah menampilkan satu idea yang tulen, itulah barangkali yang menjadikan novel ini ‘istimewa’. Ceritanya berkisar ‘di lorong ini’ yang merupakan perumpaan untuk ‘dunia ini’ dengan watak-wataknya seperti Idris, Adham, Kasim, Umayma, dan Hawa serta beberapa lagi watak lain. Naguib Mahfouz mengaitkan kisah yang ditulis dalam novel ini dengan kisah al-Quran, tetapi dari sisi yang lain beliau telah mendatangkan jalan cerita yang berbeza dengan apa yang terdapat dalam al-Quran. Inilah kebijaksanaan Naguib Mahfouz sebagai seorang novelis. Dalam al-Quran, Nabi Adam dan Hawa dihalau dari syurga kerana digoda oleh Iblis sehingga memakan buah khuldi, sebaliknya dalam novel ini Adham dan Umayma dihalau dari rumah agam itu kerana dihasut oleh Idris sehingga melihat buku rahsia di bilik Gebelawi. Terdapat banyak persamaan pada watak, latar dan plot novel ini dengan kisah al-Quran. Penulis telah mengambil satu pendekatan yang berbeza dari cerita yang difahami oleh kita sebagai Muslim. Ini adalah satu helah bijaksana yang diambil oleh penulis bagi mempertahankan diri tatkala beliau didakwa menghina Islam. Naguib Mahfouz, sasterawan kontroversi Mesir yang memenangi Hadiah Nobel Sastera 1988. Beliau telah menerbitkan lebih daripada 50 buah novel, 350 buah cerpen, puluhan skrip filem, dan lima drama sepanjang kerjayanya yang mencecah tempoh 70 tahun. Sebilangan besar karyanya telah difilemkan di dalam dan luar Mesir.