RM70.00
Pentafsiran Baharu Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Pelaksanaannya Pasca 2020 (Edisi Semakan) (Soft Cover)
Price RM70.00
Product SKU 9789674910570
Brand IIUM PRESS
Size (L x W x H) 31 cm x 22 cm x 3 cm
Availability Pre-Order
Shipping Fee
Quantity
Description
Highlight

Authors: Dzulkifli Abdul Razak, Rosnani Hashim

ISBN: 9789674910570 (Soft Cover)

Publisher: IIUM Press

Year: 2020 (Edisi Semakan)

Pages: 448

Falsafah Pendidikan Negara (FPN), dan kemudiannya Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) sudah berusia tiga dekad. Dalam jangkamasa 30 tahun, dunia telah banyak berubah, sesetengahnya berpaksikan kepada perkembangan pesat pendidikan tempatan dan sejagat, dan sebaliknya didesak pula oleh pelbagai pihak, khususnya industri serta ideologi lain, ke atas dunia pendidikan.

Faktor ini sudah cukup memberi isyarat bahawa pendidikan wajardipandu dan dibimbing supaya ia tidak diheret ke sana ke sini hingga terkeluar daripada matlamat serta acuan kita sendiri. Ini sekali gus meletakkan keyakinan bahawa apa juga penilaiannya kelak, FPK masih relevan dan sesuai untuk abad ke-21 dalam melangsungkan agenda pendidikan negara dan sejagat.

Malah, ini adalah anatara tujuan utama buku ini, iaitu untuk memberi FPK nafas baru sesuai dengan zaman dan keadaan semasa. Untuk tujuan ini beberapa orang penulis yang pakar dalam bidang masing-masing telah diundang khas agar dapat berkongsi ilmu serta pengalaman mereka dalam mengemudi FPK ke alam baharu tanpa mengenepikan sejarah, hikmah dan liku-liku yang dialami dalam membentuk dan mencorakkan FPK sebagai kerangka utama pendidikan negara.